20 April 2010

Konsep & Cara MAB Bertindakbalas

Apabila anda mengambil MAB, ianya akan bertindak merawat penyakit terlebih dahulu. proses ini dinamakan tindakbalas awal. MAB akan bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik. Bahagian yang akan berlaku proses rawatan adalah seperti pada bahagian peranakan/mencairkan lemak/kolestrol/toksin dalam darah.

Apa yang MAB buat adalah ia akan mencairkan darah period lama, nifas lama yang tidak keluar habis semasa tempoh berperiod/berpantang (bagi yang bersalin). Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat. Banyaknya darah yang keluar adalah bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Jika anda sudah lama tidak berperiod/period pendek bermakna banyaklah darah kotor yang disimpan dalam peranakan tersebut. Pada peringkat ini,anda akan didatangi kekerapan period yang tidak menentu kerana MAB sedang merawat peranakan anda.

Selepas selesai tempoh itu, anda akan melalui peringkat keserasian dengan MAB. Pada tahap ini, period akan kembali normal, maksudnya apabila habis saja 21 biji, besoknya period akan datang. Pada tahap ini, MAB sudah serasi dengan anda kerana proses rawatan sudah selesai.. Selain dari darah kotor seperti di atas, lemak/kolestrol/toksin dalam badan/darah akan dipecahkan dan dibuang bersama najis air besar. Pada masa ini anda akan mengalami kekerapan membuang air besar dan melepaskan angin (kentut).

Darah period yang lama ini seharusnya dikeluarkan kerana ianya memberi implikasi kepada anda dalam jangka masa panjang. Antara risikonya ialah terdedah kepada fibroid/cyst/barah pangkal rahim. Jika darah lama ini dapat dikeluarkan insyaAllah risiko kepada penyakit tersebut adalah rendah. Dengan kata lain, MAB adalah satu ikhtiar utk mengelakkan kemunculan penyakit tersebut.

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI

MAB memang membantu merawat dalaman kita seperti membersihkan darah kotor seperti period atau nifas yang tidak keluar dengan lancar semasa kita pantang atau gugur begitu juga period yang tidak lancar, MAB akan lancarkan.

Bila MAB Bertindak Balas?

Ia bergantung kepada tubuh masing-masing, ada yang kali pertama period dah jadi kelam kabut seperti keluar dengan banyak @ sikit atau dalam tempoh yang panjang juga keluar dengan jumlah yang banyak seperti berketul2. Ramai juga yang datang 2 kali sebulan. Warna darah kotor ni juga keluar dalam pelbagai warna seperti hitam, coklat atau merah terang.

Proses tindak balas ini juga bergantung kepada badan masing-masing, ada hanya 2 bln, 3 bln dan ada sehingga 6 bln dan ada yg lebih..

No comments: