19 July 2010

Soalan tentang MAB

Salam..
Ada pelanggan bertanyakan soalan kepada saya.. ramai juga yang bertanya sebelum ni tapi dengan lisan, alang2 saya jawab untuk pelanggan ini secara email, saya copy paste saja sesi soal jawab kami di sini ya!

1/ Adakah produk ini mempunyai sijil MAL?

Produk ini tidak mengambil apa-apa sijil atas sebab-sebab tertentu. Antaranya adalah jika perlu dapatkan sijil, maka harga perlu dinaikkan untuk menampung kos mendapatkan sijil-sijil yang dimaksudkan. Bagaimanapun kualiti kepenggunaan adalah dijamin halal, suci dan bersih kerana produk ini dibuat oleh orang kampung dan telah digunapakai oleh ramai pengguna alhamdulillah.. Asas produk pula adalah habbatus sauda dan madu (makanan sunnah nabi) dan daun-daun untuk menjaga kesejahteraan wanita.

2/ Produk ini dikatakan mempunyai fungsi merancang keluarga dan dlm masa yang sama boleh digunakan utk yg mencuba untuk hamil. Apakah perbezaan kaedah menggunakannya utk 2 fungsi ini?

Owh.. penjelasan mengenai kedua-dua fungsi ini boleh didapati daripada blog owner produk ini, Kak Julia.. namun saya cuba jelaskan secara ringkas ya.

Fungsi merancang keluarga adalah di mana produk ini MESTI dimakan secara berterusan selama 21 hari, dan rehat selama 7 hari tanpa mengambil kira samada dalam keadaan period atau tidak. Sekiranya arahan ini dipatuhi, selagi itu kemungkinan untuk mengandung adalah tidak kerana suhu badan kita akan panas selama 24 jam selepas satu biji makan, di tahap ini badan yang panas tidak akan memberi peluang untuk persenyawaan berlaku.

Fungsi mencuba untuk hamil pula boleh diterangkan seperti berikut. Bahagian dalaman tubuh seorang wanita yang mengandungi banyak lemak dan toksin serta peranakan wanita yang mengandungi keputihan dan darah-darah kotor, serta kedudukan peranakan yang tidak betul menjadi penyebab utama seseorang wanita itu tidak mampu hamil. Apabila makan MAB, maka ia akan membuang semua kekotoran itu melalui proses perkumuhan iaitu membuang air besar, kerap membuang air kecil serta banyak berpeluh, dan mengeluarkan darah-darah kotor serta keputihan melalui period (sekiranya lebih 15 hari dipanggil darah istihadah). Setelah keadaan sudah stabil (period ok dan berat badan wanita sudah ideal) maka wanita tersebut boleh memilih untuk berhenti makan MAB, apabila bersama, insyaAllah akan lekat..

3/ Sejauh manakah produk ini berkesan?

Setakat ini saya telah mempunyai seramai 30 orang customer dan kesemua mereka menggunakan MAB untuk merancang keluarga dan kesihatan wanita, dan pemilik MAB ini iaitu Puan Julia, beliau mempunyai customer yang lebih ramai daripada itu (tidak pasti jumlahnya).

Manakalah bagi mereka yang mengalami keputihan melampau, breast longgar, tidak mampu hamil, salur longgar, period tidak stabil, alhamdulillah kesemuanya dapat diatasi.

Kebanyakan pelanggan saya, hampir kesemuanya bermula dengan masalah makan pil perancang / suntikan perancang untuk merancang keluarga namun badan tidak berpuas hati kerana mengalami masalah tidak datang haid berbulan2 dan keluar jerawat yang melampau serta berat badan naik mendadak. Setelah mengambil keputusan untuk makan MAB dan berhenti makan pil perancang dan suntikan, alhamdulillah masalah tersebut dapat diatasi.

4/ Apakah kesan jangka panjang utk yang mengamalkan produk ini?

Tiada kesan jangka panjang. Jika berhenti keadaan tubuh akan menjadi seperti asal.

5/ Saya berada di sekitar Bndr Bukit Mahkota. Adakah saya boleh dapatkan secara by hand? Jika ya, berapakah charge yg dikenakan?

Bdr Bukit Mahkota adalah di luar kawasan saya. Jika puan ingin dapatkan secara by hand, caj penghantaran akan dikenakan sebanyak RM4. RM2 hanya dikenakan jika ambilan dibuat di kawasan Bangi / Putrajaya / Serdang / Kajang.

Saya berharap agar jawapan saya dapat membantu puan, sekiranya ada permasalahan lagi, boleh berhubung dengan saya.

Sekian, terima kasih..