08 November 2012

MAB - Kaedah untuk Merancang Kehamilan

Hamil... saat2 yang ditunggu :)

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Tajuk yang hangat, ramai yang bertanya bagaimana untuk mengamalkan MAB sebagai ikhtiar untuk merancang kehamilan... di bawah adalah aturan yang boleh diamalkan oleh para pelanggan..

1. Pastikan anda telah mengamalkan ambilan MAB tidak kurang daripada 3 bulan.
2. Pastikan anda telah mendapat aturan period yang tetap, bermakna darah keluar secara teratur pada waktu rehat 7 hari (namun jika aturan masih tidak tetap setelah makan lebih dari 5 bulan sila berhubung dengan saya untuk konsultasi kerana masih boleh merancang untuk hamil namun perlukan konsultasi yang lebih jelas)
3. Jika merancang untuk mula hamil, habiskan maajun pada botol semasa, rehat 7 hari, kemudian TIDAK PERLU sambung kembali botol seterusnya.
4. Pastikan anda mengambil pil-pil yang membantu untuk hamil (saya sarankan asid folik, 1 biji 1x sehari), bermula setelah habis pengambilan botol semasa, setiap hari @ mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi yang telah ditetapkan.
5. Pastikan anda mengambil makanan dan minuman yang tidak memudaratkan dan membuatkan kebarangkalian untuk hamil adalah rendah. Ia terpulang pada individu sebagai contoh minuman bergas, makanan yang tajam seperti cuka, nenas, makanan yang mengandungi kandungan pengawet yang tinggi dan berkafein, bertanyalah kepada orang-orang sekeliling dan orang-orang tua untuk maklumat-maklumat ini.
6. Hentikan pengambilan sebarang ubat-ubatan klinikal dan herba.
7. Tenangkan diri, dan amalkan petua-petua yang boleh diperolehi daripada orang-orang tua dan majalah sebagai ikhtiar sampingan.
8. Amalkan solat sunat hajat

InsyaAllah... bergantung kepada tubuh dan kadar metabolisme masing-masing, anda akan dapat hasil positif dan berita baik sejurus selepas 4-6 minggu pengambilan MAB ditinggalkan :-)

Nota : kaedah ini HANYA UNTUK pelanggan MAB yang telah mengamalkan MAB, bagi anda yang baru ingin mencuba mengamalkan MAB terutamanya dalam perkara ikhtiar mendapatkan zuriat, sila hubungi agen terdekat untuk konsultasi ya! :)

Salam,