24 November 2011

Medium Pad : MP06-MP11

MP 06 : green tree
MP 07 : red bird (SOLD OUT)
MP 08 : brown abstract (SOLD OUT)
MP 09 : pink flowers
MP 10 : green flowers
MP 11 : pink chicken (SOLD OUT)
Salam,

22 November 2011

Cara Penjagaan Cloth Sanitary Pad

1. Basuh dahulu pad/pantyliner yang baru sebelum digunakan. Boleh dibasuh dengan tangan atau dimasukkan ke dalam mesin basuh.

2. Letakkan bahagian wings mengelilingi bahagian bawah seluar dalam anda. Bagi pad, pastikan flannel/ microfleece adalah bahagian atas yang menyentuh kulit (vagina) anda dan fabrik fleece (seperti gambar di atas) adalah bahagian bawah yang menyentuh seluar dalam anda.
Fleece adalah sejenis fabrik yang agak 'berbulu' dan tidak licin jadi pad akan terletak kemas pada tempatnya dan tidak mudah bergerak-gerak. Pasangkan snaps (butang) yang terdapat pada bahagian wings pad tersebut.

3. Jangkamasa pemakaian pad adalah bergantung kepada individu, sama ada mengeluarkan darah haid yang banyak atau tidak. (Kebiasaannya, medium /regular pad boleh dipakai sehingga 4 jam) Pad yang telah digunakan seelok-eloknya dibilas sebelum disimpan ke dalam wet bag sekiranya anda bekerja. Pastikan diperah dengan baik sehingga tiada air yang meleleh. Anda boleh juga melipat dan menyimpan terus pad yang telah anda gunakan ke dalam wet bag dan membasuhnya kemudian. Jangan risau kerana pad yang disimpan di dalam wet bag tidak akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan seperti bau disposable pad yang telah digunakan.

4. Pad boleh dibilas dan direndam dahulu ( antara 2 minit sehingga 24 jam) sebelum dimasukkan kedalam mesin untuk dibasuh dan ia boleh dibasuh bersama-sama kain lain. Sekiranya ada darah yang "degil", anda boleh campurkan sedikit garam ke dalam air rendaman supaya bekas darah (stain) mudah tanggal. Microfleece yang terdapat pada heavy/overnight pad pula adalah material yang stain resistant, jadi darah tidak akan melekat pada permukaannya dan sangat mudah dibasuh. Jangan sental pad dengan kuat menggunakan berus untuk mengelakkan fabrik dari mudah rosak. Anda boleh juga membasuh pad anda dengan tangan sewaktu anda mandi, jadi ia hanya mengambil sedikit sahaja dari masa anda.

5. Seperti cloth diaper, jangan campurkan softener atau clorox semasa membasuh supaya pad dapat menyerap dengan baik dan tidak mudah rosak. Purata jangka hayat pad adalah sehingga 5 tahun sekiranya dijaga dengan baik.

6. Selain digunakan sewaktu datang haid, pantyliner/pad juga sesuai digunakan oleh gadis-gadis remaja yang ingin tampil bersih atau bagi orang-orang tua yang mempunyai masalah tidak dapat mengawal pengeluaran air kencing.

Nota Butikna : Selamat menjaga alam sekitar dan kebersihan diri kita :)

Salam,

01 November 2011

Persediaan untuk mengambil MAB

As Salam,

Banyak persoalan yang timbul sebelum seseorang membuat keputusan untuk mengambil pil maajun anggun bistari (MAB) sebagai vitamin tambahan terutama untuk tujuan merancang keluarga.

Saya cuba untuk mengumpul sedikit demi sedikit soalan lazim yang pernah diajukan pengguna-pengguna sebelum pengambilan MAB agar anda dapat mengambil maklum dan faham tentang corak pemakanan MAB.

1.Bacalah kesemua artikel yang diletakkan dalam column Maajun Anggun Bistari dalam web ini.

2. Berhati-hati, disiplin dalam pengambilan MAB.

  • Mesti faham walau apa tujuan anda ambil MAB, fungsi khususnya adalah sebagai perancang kehamilan. Jadi anda mesti disiplin dan makan ikut aturan untuk elakkan kehamilan (pesanan penting bagi yang ingin merancang kehamilan)
  • Mesti ikut aturan makan (habiskan sebotol kemudian rehat 6 hari dan sambung botol kedua, begitulah seterusnya) TANPA MENGAMBIL KIRA darah keluar atau tidak
  • Protection hanya 24 jam. Makan MAB sebelum bersama. Jika anda ada lebih daripada sekali waktu bersama dengan suami, pastikan anda tidak mengambil apa-apa makanan atau minuman yang boleh menghilangkan khasiat / meneutralkan herba sepanjang tempoh tersebut untuk mengelakkan kehamilan.
  • Jika anda dalam keadaan rehat 6 hari dan tiada darah keluar, perlu cari alternatif lain untuk elak kehamilan jika anda ingin bersama dengan suami.
2. Memahami bahawa simptom awal sementara yang berlaku setelah pengambilan MAB tidak akan sama antara setiap individu, kerana semuanya bergantung kepada elemen-elemen berikut;
  • sejarah kesihatan diri - contoh : jika sebelum ini pernah mengalami keguguran @ pernah mengambil pil perancang klinikal
  • corak pemakanan sebelum ini - contoh : samada anda tidak mengamalkan pengambilan makanan (diet) yang seimbang atau tidak
  • corak kehidupan sebelum ini - contoh : samada anda mengamalkan senaman atau tidak
=> jika jawapannya : pernah mengambil pil perancang klinikal dalam tempoh bertahun-tahun, makan saja apa yang nak dimakan tak kira waktu dan tak pernah senaman langsung => maknanya ada kemungkinan simptom tindakbalas yang berlaku (terutama pengeluaran darah yang terumbang ambing) itu lama akibat banyak toksin yang telah dikumpul tubuh dalam tempoh yang lama.

MAB tidak mengandungi sebarang unsur dadah seperti pil klinikal, tindakbalasnya bersifat perlahan tetapi berkesan.

3. Berbincanglah dengan pasangan (bagi yang telah berkahwin) dan beritahulah suami bahawa anda ingin mengambil pil MAB sebagai perancang keluarga sekaligus untuk menyihatkan tubuh badan dan dalam tempoh awal pengambilan akan terjadi simptom terutamanya pengeluaran darah yang tidak konsisten. Kefahaman dan tolak ansur amat penting dalam hal ini.

4. Memahami bahawa jika sekiranya anda berhenti makan MAB tiada sebarang kesan sampingan yang akan berlaku pada tubuh. Hanya tubuh akan kembali pada asal ( dalam hal ini perlulah difahami konsep cycle kesihatatan tubuh ).

5. Bersabarlah dan berdoa pada tuhan semoga makanan tambahan (MAB) yang diambil dapat memberi kesan kesihatan maksima dalam membantu kita menjaga kesihatan tubuh, keintiman hubungan suami-isteri dan kesejahteraan keluarga umumnya.

Salam,