01 November 2011

Persediaan untuk mengambil MAB

As Salam,

Banyak persoalan yang timbul sebelum seseorang membuat keputusan untuk mengambil pil maajun anggun bistari (MAB) sebagai vitamin tambahan terutama untuk tujuan merancang keluarga.

Saya cuba untuk mengumpul sedikit demi sedikit soalan lazim yang pernah diajukan pengguna-pengguna sebelum pengambilan MAB agar anda dapat mengambil maklum dan faham tentang corak pemakanan MAB.

1.Bacalah kesemua artikel yang diletakkan dalam column Maajun Anggun Bistari dalam web ini.

2. Berhati-hati, disiplin dalam pengambilan MAB.

  • Mesti faham walau apa tujuan anda ambil MAB, fungsi khususnya adalah sebagai perancang kehamilan. Jadi anda mesti disiplin dan makan ikut aturan untuk elakkan kehamilan (pesanan penting bagi yang ingin merancang kehamilan)
  • Mesti ikut aturan makan (habiskan sebotol kemudian rehat 6 hari dan sambung botol kedua, begitulah seterusnya) TANPA MENGAMBIL KIRA darah keluar atau tidak
  • Protection hanya 24 jam. Makan MAB sebelum bersama. Jika anda ada lebih daripada sekali waktu bersama dengan suami, pastikan anda tidak mengambil apa-apa makanan atau minuman yang boleh menghilangkan khasiat / meneutralkan herba sepanjang tempoh tersebut untuk mengelakkan kehamilan.
  • Jika anda dalam keadaan rehat 6 hari dan tiada darah keluar, perlu cari alternatif lain untuk elak kehamilan jika anda ingin bersama dengan suami.
2. Memahami bahawa simptom awal sementara yang berlaku setelah pengambilan MAB tidak akan sama antara setiap individu, kerana semuanya bergantung kepada elemen-elemen berikut;
  • sejarah kesihatan diri - contoh : jika sebelum ini pernah mengalami keguguran @ pernah mengambil pil perancang klinikal
  • corak pemakanan sebelum ini - contoh : samada anda tidak mengamalkan pengambilan makanan (diet) yang seimbang atau tidak
  • corak kehidupan sebelum ini - contoh : samada anda mengamalkan senaman atau tidak
=> jika jawapannya : pernah mengambil pil perancang klinikal dalam tempoh bertahun-tahun, makan saja apa yang nak dimakan tak kira waktu dan tak pernah senaman langsung => maknanya ada kemungkinan simptom tindakbalas yang berlaku (terutama pengeluaran darah yang terumbang ambing) itu lama akibat banyak toksin yang telah dikumpul tubuh dalam tempoh yang lama.

MAB tidak mengandungi sebarang unsur dadah seperti pil klinikal, tindakbalasnya bersifat perlahan tetapi berkesan.

3. Berbincanglah dengan pasangan (bagi yang telah berkahwin) dan beritahulah suami bahawa anda ingin mengambil pil MAB sebagai perancang keluarga sekaligus untuk menyihatkan tubuh badan dan dalam tempoh awal pengambilan akan terjadi simptom terutamanya pengeluaran darah yang tidak konsisten. Kefahaman dan tolak ansur amat penting dalam hal ini.

4. Memahami bahawa jika sekiranya anda berhenti makan MAB tiada sebarang kesan sampingan yang akan berlaku pada tubuh. Hanya tubuh akan kembali pada asal ( dalam hal ini perlulah difahami konsep cycle kesihatatan tubuh ).

5. Bersabarlah dan berdoa pada tuhan semoga makanan tambahan (MAB) yang diambil dapat memberi kesan kesihatan maksima dalam membantu kita menjaga kesihatan tubuh, keintiman hubungan suami-isteri dan kesejahteraan keluarga umumnya.

Salam,

No comments: