23 June 2015

Keliru haid atau istihadah?


Pertanyaan;

Kali terakhir period saya adalah pada 31/5/2015 hingga 8/6/2015. (bermakna jumlah hari period = 9 hari)
Saya mula makan MAB pada 4/6/2015. (hari yang ke-4 period)
Setelah seminggu makan, saya terberhenti ambil MAB kerana terlupa menguruskan urusan yang tidak boleh dielakkan, dan keluar sedikit darah warna coklat2.
Soalan saya;
a) adakah normal darah2 coklat itu?
b) adakah dikira haid atau istihadah darah itu?
c) perlukah saya teruskan makan MAB atau berhenti seketika?

Jawapan;
Saya sertakan pertanyaan daripada seorang pelanggan di sini dulu ya.
a) Ya normal darah itu. Biarlah ia keluar daripada ia terus tersimpan dalam rahim kita.
b) Tempoh maksima haid adalah 15 hari, haid mula keluar pada 31/5/2015, maka 14 hari daripada tarikh tersebut jika keluar darah, walaupun pada hari yang berlainan tetap akan dikira haid (tarikh akhir=14/5/2015)
Seminggu makan = 7 hari makan, maksudnya ia masih lagi darah haid.
c) Pengambilan MAB perlu diteruskan sehingga habis dan rehat selama 6 hari sebelum ambil botol seterusnya tanpa mengambilkira darah keluar atau tidak.

Semoga dapat membantu sahabat kita ya.

Salam,