27 April 2010

Cara basuhan Cloth Diaper (CD)

stok cd insyirah utk 3 hari..

Salam..

Ada orang bertanya saya tentang pembasuhan cd.. mcmana? rumit ke? hihi.. bg saya tak rumit mana pun... senang je nk uruskan cd ni... tanpa melengahkan masaa.. saya terus copy and paste dr blog sifu saya, kak haz.. hihi... sila2 baca yee..

PREWASH (Pra basuhan):
1- Ini adalah basuhan pertama apabila anda baru membeli cd. Kiranya acara mandi bunga la... Perasmian untuk digunakan.
2- Caranya adalah.. basuh dan jemur sebanyak 3 kali. Sila basuh jemur.. basuh jemur..basuh jemur ya dear
3- Untuk material HEMP, basuhan secara berasingan perlu dilakukan. Hemp perlu diasingkan dari CD/insert material lain semasa Prewash.
4- HEMP juga perlu di prewash kan dengan air panas.
5- Bagi material microfiber..memadai basuh macam biasa

DRY PAIL SYSTEM
1- Sebenarnya ada Wet pail, Dry Pail tapi ku pakai 1 jek baldinya
2- Balik dari nursery..bilas sket Cd yg telah digunakan. Then masuk dalam 1 baldi TANPA AIR
3- Kumpul sampai hari pembasuhan.
4- Sekali gus basuh semua sekali dan masukkan CD dalam barisan di atas (jemur di ampaian)

STRIP WASH
1- Sepanjang ku bercd ni..ada 2 kali baru ku buat strip wash (ku dah bercd 13 bulan..alhamdulillah)
2- Strip wash dibuat apabila mendapati Cd mula leaking (ni disebabkan lapisan minyak dalam najis bayi.. lama2 berkumpul dan membentuk lapisan pada cd)
3- Basuh cd satu persatu menggunakan sabun basuh pinggan , contohnya sunlight.
4- letak sedikit sabun pada insert/cd dan tenyeh2 sket..:D
5- Bilas then ku masuk mesin kasi bilas.
6- Bilasan terakhir ku letakkan sedikit soda bikarbonat. Fungsinya adalah untuk mengembalikan keputihan Cd.
7- setelah ku buat strip wash... maslah leaking dapat di atasi.
8- Perhatian ya tuan puan.. strip wash ni hanya dilakukan sekali sekala sahaja. Tak baik untuk kesihatan CD kalo dilakukan terlalu kerap.

26 April 2010

Pembelian, Penghantaran dan Pengembalian

Pembelian
1. Dapatkan maklumat harga produk & caj pos dengan mengisi borang di estore kami.

2. Sebarang konsultasi boleh dibuat melalui sms @ email. Sila maklum bahawa semua panggilan / sms / email akan dijawab pada waktu-waktu berikut;
- 1.00 tengahari
- 7.00 petang
- 11.30 malam ke atas

3. Buat bayaran ke salah satu akaun yang telah diberi (CIMB / Bank Rakyat / BIMB)

4. Setelah selesai pembayaran, hantarkan butiran dengan mengisi borang di estore  @ email ke naslinna@gmail.com

Penghantaran
1. Pesanan akan diconfirm dan dihantar (anggaran 2-3 hari bekerja - sila lihat hari-hari yang available) setelah semua perkara di atas selesai.

2. Sila maklum bahawa penghantaran akan dibuat pada hari-hari berikut sahaja (kecuali dimaklumkan);
- Isnin
- Rabu
- Jumaat

3. Dapatkan tracking no melalui blog di ruangan Info / Tracking No.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas ke atas atau masalah lain yang berlaku di sepanjang penghantaran.

Pengembalian
1. Tiada pemulangan duit ok.

2. Mana-mana item boleh ditukarganti dengan item yang sama harga / lebih tinggi tapi mestilah masih bertag, dengan packing yang original dan tidak dirosakkan oleh bahan-bahan pembasuh, bahan kotor, bahan berminyak dan lusuh.

3. Kos penghantaran akan ditampung sepenuhnya oleh pelanggan (kecuali jika terdapat sebarang promosi istimewa).

25 April 2010

MAB - Terbaik untuk wanita!


Maajun Anggun Bistari (MAB) adalah produk tradisional yang dibuat daripada herba, rempah ratus & madu.Kegunaan MAB pada asasnya adalah untuk family planning. MAB juga bertindak sebagai ubat multi-purpose dalam penjagaan kesihatan dalaman / kecantikan wanita terutamanya bagi yang telah berumahtangga.

MAB juga merupakan salah satu alternatif bagi wanita yang kurang selesa dengan kaedah family planning moden. Keberkesannnya dalam Family Planning adalah 100% sekiranya pengamalnya mengikut aturan makan dengan penuh disiplin. MAB boleh diambil oleh wanita yang berusia 18 tahun ke atas berkahwin / belum berkahwin. Juga boleh diambil oleh warga emas.
MAB dijamin bersih, suci lagi halal tanpa perlu diragui oleh umat Islam

***********************

Apabila mengambil MAB, ianya akan bertindak merawat penyakit terlebih dahulu. Proses ini dinamakan tindakbalas awal. MAB akan bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik. Antara bahagian yang berlaku proses rawatan adalah bahagian peranakan / mencairkan lemak kolestrol, toksin dalam darah. Apa yang dilakukan oleh MAB ialah mencairkan darah haid yang lama / nifas lama yang tidak habis dikeluarkan semasa tempoh haid / berpantang (bagi yang bersalin)

Darah ini biasanya berwarna hitam / coklat. Banyaknya darah yang keluar adalah bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Jika anda sudah lama tidak berperiod / period pendek2 bermakna banyaklah darah kotor yang disimpan dalam peranakan tersebut. Pada peringkat ini anda akan didatangi kekerapan haid yang tidak menentu kerana MAB sedang merawat peranakan anda.

Selepas selesai proses rawatan, anda akan melalui peringkat keserasian dengan MAB. Pada tahap ini kitaran haid akan kembali normal. Maksudnya apabila habis sahaja 21 biji, haid akan bermula keesokan harinya.

Selain dari darah kotor seperti di atas, lemak / kolestrol / toksin dalam badan / darah akan dipecahkan & dibuang bersama najis. Pada masa ini anda akan mengalami kekerapan membuang air besar & melepaskan angin (kentut)

************************
Komposisi

Kacip fatimah, serapat, senduduk, inai, madu, manjakani, habbatus sauda / jintan hitam

************************
Khasiat

Merancang keluarga,
Merawat keputihan,
Memelihara peranakan/rahim,
Membuang darah kotor melalui haid,
Teraturkan haid / ikhtiar mendapatkan zuriat,
Awet muda / Mencantikkan / Menegangkan payudara,
Melancarkan peredaran darah,
Melawaskan pembuangan air besar,
Menambahkan tenaga sepanjang hari,
Mengawal kolestrol dalam darah,
Menurunkan & mengawal berat badan,
Melambatkan / memulihkan menopous.
Menggalak dan menambah pengeluaran air susu ibu

************************
Lain-lain Khasiat

1. Lambatkan menopous / kembalikan period bagi yang menopous
Dengan mengamalkan MAB, anda tidak akan menopous di usia terlalu awal iaitu sekitar 40an. Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan oleh otak kita dengan aktif diusia remaja sehinggalah sekitar usia 30an. Disebabkan faktor usia, stress dan tekanan hidup, otak kita menjadi kurang berkeupayaan merembeskan hormon tersebut untuk badan, jika masalah ini tidak diatasi dengan baik, kita akan menjadi cepat tua & akhirnya mempercepatkan menopous.

2. MAB untuk ikhtiar anak
Biasanya orang yang mempunyai masalah haid / senggugut adalah sukar untuk mengandung. Berkemungkinan berpunca daripada masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking pada peranakan seperti haid tidak keluar habis / keputihan. Keadaan seperti ini akan menghalang perjalanan sperma lelaki dari bercantum dengan benih perempuan. Dengan mengamalkan MAB, ianya akan mengeluarkan blocking tersebut supaya perjalanan sperma lancar. Dengan ini proses kehamilan juga akan lancar.

Nota : rujuk blog pengasas di sini

22 April 2010

Komposisi MAB

Setiap Biji MAB mengandungi adunan bahan-bahan berikut;

- Kacip Fatimah
- Serapat
- Senduduk
- Inai
- Madu
- Manjakani
- Habbatus Sauda/jintan hitam

Berikut huraian bahan & khasiatnya secara umum..

KACIP FATIMAH
  • dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
  • dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
  • dapat merangsang pengeluaran hormon yang akan melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.
  • dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid - juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir

SERAPAT

  • meningkatkan hormon estrogen
  • mengetatkan dan menguatkan otot-otot faraj (Kemutan)
  • mempertingkat daya alat kelamin dan tenaga batin
  • memperkemas saluran peranakan
  • membina rahim dan membersihkan rahim (selepas bersalin dan haid)
  • memperbetul perjalanan haid
  • melegakan senggugut dan medu
  • meningkatkan kesihatan dan ketahanan badan serta awet muda
  • mencantikkan payudara dari dalaman tubuh
SENDUDUK

  • mempunyai nilai perubatan yang tinggi
  • mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita
  • mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama
INAI
  • merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan)
  • menghentikan pendarahan.
  • merawat luka bersalin dan pembedahan
  • dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan
  • untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin
MADU
  • aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
  • menghentikan batuk dengan cepat
  • membersih, membuang segala kotoran dalam darah.
  • mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
  • menghentikan kesakitan sendi
  • baik untuk sistem pernafasan
  • badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
  • membunuh kuman dan virus di dalam darah
  • membaikpulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.
  • menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
  • meningkatkan prestasi mental
  • mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.

MANJAKANI

  • menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita
  • dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan cara bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak.
  • dapat mengurangkan lelehan mukus
  • membantu menstabilkan hormon
  • melancarkan darah dan memberi tenaga
  • begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran
  • asid galik yang terdapat di dalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma.
  • antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.
  • juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.
  • dapat menghilangkan jerawat
  • amalan setiap hari dapat mengempiskan perut

HABBATUS SAUDA/JINTAN HITAM

  • menguatkan sistem kekebalan tubuh
  • meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
  • meningkatkan bioaktivitas hormon
  • meneutralkan racun dalam tubuh,
  • mengatasi gangguan tidur dan stress,
  • anti histamin/anti alergi
  • memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteria
  • melancarkan air susu ibu
  • tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
  • anti tumor
  • nutrisi bagi manusia
  • anti oksidan yang baik
  • anti infektif dan broncodialating

20 April 2010

Konsep & Cara MAB Bertindakbalas

Apabila anda mengambil MAB, ianya akan bertindak merawat penyakit terlebih dahulu. proses ini dinamakan tindakbalas awal. MAB akan bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik. Bahagian yang akan berlaku proses rawatan adalah seperti pada bahagian peranakan/mencairkan lemak/kolestrol/toksin dalam darah.

Apa yang MAB buat adalah ia akan mencairkan darah period lama, nifas lama yang tidak keluar habis semasa tempoh berperiod/berpantang (bagi yang bersalin). Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat. Banyaknya darah yang keluar adalah bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Jika anda sudah lama tidak berperiod/period pendek bermakna banyaklah darah kotor yang disimpan dalam peranakan tersebut. Pada peringkat ini,anda akan didatangi kekerapan period yang tidak menentu kerana MAB sedang merawat peranakan anda.

Selepas selesai tempoh itu, anda akan melalui peringkat keserasian dengan MAB. Pada tahap ini, period akan kembali normal, maksudnya apabila habis saja 21 biji, besoknya period akan datang. Pada tahap ini, MAB sudah serasi dengan anda kerana proses rawatan sudah selesai.. Selain dari darah kotor seperti di atas, lemak/kolestrol/toksin dalam badan/darah akan dipecahkan dan dibuang bersama najis air besar. Pada masa ini anda akan mengalami kekerapan membuang air besar dan melepaskan angin (kentut).

Darah period yang lama ini seharusnya dikeluarkan kerana ianya memberi implikasi kepada anda dalam jangka masa panjang. Antara risikonya ialah terdedah kepada fibroid/cyst/barah pangkal rahim. Jika darah lama ini dapat dikeluarkan insyaAllah risiko kepada penyakit tersebut adalah rendah. Dengan kata lain, MAB adalah satu ikhtiar utk mengelakkan kemunculan penyakit tersebut.

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI

MAB memang membantu merawat dalaman kita seperti membersihkan darah kotor seperti period atau nifas yang tidak keluar dengan lancar semasa kita pantang atau gugur begitu juga period yang tidak lancar, MAB akan lancarkan.

Bila MAB Bertindak Balas?

Ia bergantung kepada tubuh masing-masing, ada yang kali pertama period dah jadi kelam kabut seperti keluar dengan banyak @ sikit atau dalam tempoh yang panjang juga keluar dengan jumlah yang banyak seperti berketul2. Ramai juga yang datang 2 kali sebulan. Warna darah kotor ni juga keluar dalam pelbagai warna seperti hitam, coklat atau merah terang.

Proses tindak balas ini juga bergantung kepada badan masing-masing, ada hanya 2 bln, 3 bln dan ada sehingga 6 bln dan ada yg lebih..