27 April 2010

Cara basuhan Cloth Diaper (CD)

stok cd insyirah utk 3 hari..

Salam..

Ada orang bertanya saya tentang pembasuhan cd.. mcmana? rumit ke? hihi.. bg saya tak rumit mana pun... senang je nk uruskan cd ni... tanpa melengahkan masaa.. saya terus copy and paste dr blog sifu saya, kak haz.. hihi... sila2 baca yee..

PREWASH (Pra basuhan):
1- Ini adalah basuhan pertama apabila anda baru membeli cd. Kiranya acara mandi bunga la... Perasmian untuk digunakan.
2- Caranya adalah.. basuh dan jemur sebanyak 3 kali. Sila basuh jemur.. basuh jemur..basuh jemur ya dear
3- Untuk material HEMP, basuhan secara berasingan perlu dilakukan. Hemp perlu diasingkan dari CD/insert material lain semasa Prewash.
4- HEMP juga perlu di prewash kan dengan air panas.
5- Bagi material microfiber..memadai basuh macam biasa

DRY PAIL SYSTEM
1- Sebenarnya ada Wet pail, Dry Pail tapi ku pakai 1 jek baldinya
2- Balik dari nursery..bilas sket Cd yg telah digunakan. Then masuk dalam 1 baldi TANPA AIR
3- Kumpul sampai hari pembasuhan.
4- Sekali gus basuh semua sekali dan masukkan CD dalam barisan di atas (jemur di ampaian)

STRIP WASH
1- Sepanjang ku bercd ni..ada 2 kali baru ku buat strip wash (ku dah bercd 13 bulan..alhamdulillah)
2- Strip wash dibuat apabila mendapati Cd mula leaking (ni disebabkan lapisan minyak dalam najis bayi.. lama2 berkumpul dan membentuk lapisan pada cd)
3- Basuh cd satu persatu menggunakan sabun basuh pinggan , contohnya sunlight.
4- letak sedikit sabun pada insert/cd dan tenyeh2 sket..:D
5- Bilas then ku masuk mesin kasi bilas.
6- Bilasan terakhir ku letakkan sedikit soda bikarbonat. Fungsinya adalah untuk mengembalikan keputihan Cd.
7- setelah ku buat strip wash... maslah leaking dapat di atasi.
8- Perhatian ya tuan puan.. strip wash ni hanya dilakukan sekali sekala sahaja. Tak baik untuk kesihatan CD kalo dilakukan terlalu kerap.

No comments: