12 July 2017

Cerita aina dengan herba.


Cerita aina dengan herba.

Part 1.
1. Bila aina mula kenal herba?
Bermula apabila disahkan perut, rahim tidak sihat oleh doktor yang diagnos. Haid pertama hanya datang 1 hari 1 malam, haid bercampur istihadah keluar berterusan selama 3 bulan macam air paip pada tahun ke-2 kedatangan haid. Doktor beritahu perlu ada kawalan terhadap pengambilan makan minum, dan cara hidup. Dikhuatiri boleh mendatangkan kemudaratan di hari tua jika masih begini di usia 18 tahun 😕
.
Dipendekkan cerita...
.
Pencarian makanan tambahan bermula.. mak ayah beli macam2.. dan bila dah masuk kolej, sekitar tahun 2001, terlihat iklan di Mingguan Wanita. Jadi mula amal makan D'folia keluaran Sendayu Tinggi hingga lah berkahwin..

2. Bila aina mula dengan MAB?
.......
Tunggu part 2 ye....

Salam,

FAQ: PERIOD TAK NORMAL SELEPAS MENGAMBIL MAB


FAQ: PERIOD TAK NORMAL SELEPAS MENGAMBIL MAB

Persoalan period tak normal ni adalah persoalan yang sangat biasa diterima daripada pengguna2 MAB.
Sebenarnya ada 2 kategori kes berkaitan period tak normal:

--
1. Period terganggu apabila baru amalkan MAB

Ini adalah yang paling biasa & boleh dikatakan 90% yang baru ambil MAB akan alami situasi macam ni.
Punca utama ialah MAB dalam proses merawat/detox, iaitu mencuci keluar darah2 lama yang tak habis keluar sebelum ni samada semasa period/bersalin/keguguran.
Keadaan ni bergantung pada tubuh badan dan tahap kesihatan masing-masing.
Kebiasaannya period akan jadi tidak teratur seperti keluar dengan banyak/sedikit atau dalam tempoh yang panjang, juga keluar dengan jumlah yang banyak seperti berketul-ketul.
Ramai juga yang datang 2 kali sebulan.
Warna darah kotor ini juga keluar dalam pelbagai warna seperti hitam,coklat atau merah gelap.
Proses tindak balas ini juga bergantung kepada badan masing-masing.. ada yang hanya 2 bulan, 3 bulan dan ada juga sehingga 6 bulan dan lebih.
--

2. Period sudah normal tetapi tiba-tiba terganggu semula

Untuk kes macam ni, ada 2 sebab utama yang biasa:

i) Baru mengambil apa-apa produk yang mengandungi herba.
Sekiranya berlaku gangguan period, bermakna itu adalah tindakbalas daripada produk herba yang baru diambil tersebut, kerana kebanyakan produk terutamanya yg mengandungi herba mempunyai tindakbalasnya sendiri sbgmana kita baru makan MAB juga.
Kebiasaannya, kesan tindak balas ni tidak lama & InsyaAllah period akan normal semula seperti biasa.

ii) Tindakbalas MAB baru berlaku
Sekiranya telah lama amalkan MAB dan tidak mengambil apa-apa produk herba lain, berkemungkinan period terganggu disebabkan tindakbalas MAB baru berlaku/memberi kesan.
Kes yang biasa, proses tindakbalas berlaku sewaktu di awal-awal pengambilan MAB, tetapi kadangkala penerimaan badan masing-masing tidak sama antara satu sama lain, dan menyebabkan proses tindakbalas ni berlaku agak lewat daripada biasa.

--
KESIMPULAN:
Sebarang tindakbalas yang berlaku sewaktu pengambilan MAB adalah berbeza antara seorang individu dgn individu yg lain & semuanya bergantung kepada tahap kesihatan masing2.
Kesabaran amat perlu dalam tempoh tindakbalas ini, sehinggalah badan telah dapat serasi dengan MAB.


Salam,

03 July 2017

Nota penting ikhtiar merancang keluarga dengan MAB

Anda ingin merancang guna MAB tapi ada keraguan dengannya?
Sila baca nota saya satu persatu, agar dapat kefahaman dan cara praktik yang betul dalam pengamalan MAB sebagai ikhtiar merancang kehamilan ya.

1. Jika anda baru ingin cuba amal MAB, pastikan disiplin dan konsisten.
Sebiji sekali sehari selama 21 hari, rehat 6 hari dan sambung 21 hari lagi,begitulah seterusnya tanpa ambil kira darah keluar atau tak.

2. Minggu pertama pengambilan, bole juga menggunakan alternatif elak kehamilan lain untuk double-protection.
Ini kerana tubuh (rahim terutamanya) belum 'mengenali' MAB.

3. Alternatif lain yang boleh digunakana : kaedah meruang, rancang sendiri (buang luar), atau gunakan kondom bagi lelaki.

4. Boleh juga untuk gunakan alternatif lain seminggu selepas kehadiran haid (bagi yang telah mendapat period yang teratur selepas healing process, haid akan keluar di sekitar waktu rehat 6 hari)
kerana ia adalah tempoh subur wanita.

5. Protection bagi sebiji MAB adalah 24 jam. Namun perlu faham perkara2 berikut;
- khasiat sebagai perancang akan hilang sekiranya pengamal telah makan / minum makanan / minuman yang boleh meneutralkan herba
- jadi disarankan agar pengamal tidak mengambil makan / minum selain yang asas sahaja dalam tempoh 3 hari selepas 'bersama' (kerana persenyawaan boleh berlaku serta merta sehingga 3 hari selepas 'bersama')
- makanan / minuman yang meneutralkan herba : tidak sama di antara setiap orang kerana tindakbalas setiap badan tidak sama, namun setakat yang kami temui, kes yang campur supplement, kolagen, kafein, jambu batu, tebu dan banyak lagi.
- (jadi untuk ikut sahaja saranan seperti ayat di atas)

6. Jika hendak makan / minum juga makanan-minuman yang meneutralkan atau ragu2, elok diambil ketika kehadiran haid / ketika anda tidak 'bersama' dengan suami.

7. Bagi kes bersama dengan suami lebih daripada 1 kali (contoh malam sebelum tidur jam 10 mlm, pagi jam 9 pagi)
- makan MAB sebelum tidur.
- elakkan makan minum yang lain-lain selama tiga hari selain makanan minuman asas
- jika bangun pagi lepas mandi, sarapan minum air kopi, maka khuatir khasiat MAB telah hilang dan boleh terjadinya persenyawaan 👶


Anda lebih tau gaya hidup anda suami-isteri, jadi tidaklah sukar untuk merancang kehamilan dengan MAB sebenarnya 😉

Salam,