18 August 2011

Darah Period vs Darah Istihadah

Salah satu petanda akhir zaman apabila kaum wanita didatangi darah yang tidak teratur, dan berterusan.. itu salah satu hadith yang saya sendiri tidak ingat riwayat mana, sbb tu di zaman sekolah dulu..

Saya, salah seorang yang 'terjebak' dalam permasalahan ini, sejak awal aqil baligh lagi (blh dibayangkan betapa kalutnya saya, emak dan ayah saya tentang hal ini, kan?) darah yang berhari-hari atau berbulan-bulan tanpa henti, haid yang tidak teratur, darah yang selalu datang walau hanya setitik dan macam-macam lagi kaedah dan cerita yang timbul.

Saya mendapatkan rawatan di pusat homeopathy hassan, dari sudut kedoktoran katanya ada 3 faktor utama perkara ini berlaku;
i) tekanan emosi atau perasaan
ii) pemakanan yang tidak betul / diet yang tidak seimbang
iii) sakit dalam rahim
iv) gangguan makhluk halus

Saya punya berkait dengan semua faktor di atas kecuali no (iii) alhamdulillah.. kerana tertekan akibat hendak peperiksaan, saya pernah didatangi darah selama 3 bulan tanpa henti dengan kadar darah yang bnyk seperti tertumpah darah.. saya juga pernah mengalami pengeluaran setitik, setitik akibat gangguan makhlus halus.. pemakanan saya yang tidak seimbang juga penyebab kepada masalah ini..

Oleh kerana ramai sahabat-sahabat di luar sana terutamanya pelanggan-pelanggan kami yang mempunyai masalah ini, berikut adalah penerangan kaedah menentukan samada darah yang keluar adalah haid atau tidak, berdasarkan pengetahuan dan amalan yang saya praktikkan setelah ibu dan ayah saya mencari rujukan di pejabat agama, berjumpa dengan beberapa orang ustaz dan ustazah berkait hal ini..

Penerangan berdasarkan kronologi contoh pengeluaran darah melalui gambar kalendar bulanan di bawah;
Jadual 1 : Bulan Julai 2011
Keterangan : Line kuning (darah keluar), Line merah (tempoh 15 hari pengeluaran darah)

Kronologi;
- Anggapan bahawa di bulan Jun 2011 ada jarak 15 hari sblm 1-07-11 (hari pertama darah keluar bln Julai 2011).
- Darah keluar pertama kali pada 01-07-11 hingga 07-07-11 (7 hari).
- Kemudian suci daripada darah selama 3 hari.
- Darah kembali keluar pada hari ke sebelas (11-07-11) hingga hari keempat belas (14-07-11)

Ulasan;
- Tempoh pengeluaran haid adalah 15 hari.
- Jika sekiranya telah suci, namun masih lagi keluar darah, maka akan dikira haid selagi tidak cukup tempoh 15 hari (kali kedua pengeluaran (setelah 3 hari tiada darah))
- Kiraan tempoh 15 hari haid bermula daripada hari pertama hingga hari terakhir keluar darah, termasuk waktu suci.
- Jika sekiranya tiada darah pada hari ke-15, maka tempoh haid pada bulan Julai 2011 hanya dikira sebanyak 14 hari. 15-07-11 boleh dikira sebagai hari pertama suci antara 2 haid.


Jadual 2 : Bulan Ogos - September 2011
Keterangan : Line kuning (darah keluar)

Kronologi Bulan Ogos 2011;
- Darah keluar pada 01-08-11 hingga 07-08-11 (7 hari).
- Kemudian suci daripada darah selama 15 hari (08-08-11 hingga 22-08-11).
- Darah kembali keluar pada hari ke sebelas (23-08-11) hingga (27-08-11).

Kronologi Bulan September 2011;
- Darah keluar pada 12-09-11 hingga 25-09-11 (15 hari)

Ulasan Bulan Ogos 2011;
- Oleh kerana di bulan Julai 2011 (gambar 1) tiada lagi darah keluar pada 15-07-11, maka hari bersih antara 2 haid dikira bermula pada hari tersebut.
- Tempoh bersih antara dua haid adalah 15 hari, jadi tempohnya bermula daripada 15-07-11 hingga 29-07-11, jadi jika ada keluar darah selepas itu, dikira darah haid.
- Pengeluaran darah haid adalah selama 7 hari sehingga 07-08-11. Tiada lagi darah yang keluar selepas itu bagi 8 hari berikutnya (jika ada keluar, dikira haid spt cth bulan julai 2011), maka pada 08-08-11 dikira sebagai hari suci yang pertama di antara dua haid.
- Tempoh suci antara dua haid adalah 15 hari, jadi berakhir pada 22-08-11.
- Hari berikutnya, 23-08-11 adalah hari haid.

Ulasan Bulan September 2011;
- Oleh kerana tiada lagi darah keluar pada 28-08-11 hingga 06-09-11, maka 28-09-11 dikira sebagai hari pertama suci di antara dua haid.
- Jadi darah yang keluar pada 12-09-11 dikira darah haid, pengeluaran darah tidak berhenti sehingga 26-09-11, maka tempoh itu dikira haid.
- 27 dan 28 September 2011 masih lagi keluar darah, maka dikira darah istihadah, kerana telah lebih tempoh maksima haid.

Jika anda didatangi Istihadah, usah risau, berpuasalah dan solatlah seperti biasa, boleh membaca Al-Quran, dengan kata lain boleh laksanakan ibadah Islam seperti biasa, cuma,
** pastikan anda telah menyalin pad yakni berada dalam keadaan suci dan bersih sewaktu hendak solat.
** hendaklah mempercepatkan pergerakan diantara waktu menyalin pad, mengambil air sembahyang dan solat.
** tidak perlu risau tentang darah yang keluar setelah kita salin pad yang bersih dan semasa mengerjakan solat.
** tidak boleh menjadi imamah solat
** jika hendak berjemaah hendaklah memasuki saf ketika solat telah dimulakan (saat takbiratul ikram telah diangkat), tidak boleh beriktikaf di masjid kerana dikhuatiri titisan darah mengotori kawasan masjid.

Itulah serba sedikit penjelasan tentang darah haid dan darah istihadah, semoga mendapat manfaat ...

Salam,

13 July 2011

Panduan Ikhtiar Mendapatkan Zuriat

Pada mereka belum mendapat zuriat tetapi masih gagal dan ingin mencuba, Maajun Anggun Bistari dapat membantu.

Cara pengambilan maajun dan cara makan;

1. Periksa Kitaran Period anda;
►►jika period normal, puan perlu start hari ke 3,4@5 period,
►►jika period xnormal, boleh terus mulakan mab

2. Cara makan; (sama seperti cara ambilan oleh pengguna-pengguna lain)
Makan sebiji(1 biji) sehari setiap hari selama 21 hari (sebotol).
Habis sebotol MESTI rehat 6 hari, hari ke 7 mula makan botol baru.

Nota;

i) Untuk ikhtiar mendapatkan anak, MAB berfungsi sebagai rawatan mengeluarkan blocking dalam peranakan yang menghalang proses persenyawaan, blocking ni selalunya berpunca samada dari
► Darah period lama yang tak dikeluarkan
► Keputihan lama

ii) Selalunya setelah selesai rawatan baru ada potensi utk hamil.. (perlu diingat selagi ambil MAB, memang tiada potensi untuk hamil lagi..

iii) Disarankan untuk makan MAB sebanyak 6 bulan (makan ikut aturan di atas), setelah habis 6 botol itu boleh berhenti makan MAB.. InsyaAllah selepas itu dikira selesai rawatan. Maka akan ada potensi utk hamil..

iv) Perlu diingatkan di sini.. tidak bermakna jika habis rawatan maka akan hamil terus.. Semuanya bergantung kepada rezeki tuhan.. daripada kes-kes yang dialami oleh pelanggan-pelanggan, ada yang selepas 3 bulan stop baru hamil, ada yang setahun baru hamil... dan ada yang terus hamil, INSYAALLAH KITA HANYA IKTIARKAN.. TUHAN YANG TENTUKAN..

AMIN..


Salam,

08 June 2011

Tawaran hebat Hari Lahir!!! Promo 2

Lunatots Cloth Diaper (CD)

Kategori CD : Minky dan Printed (Refer kod dalam rajah)

Diskaun 20% untuk Minky dan Printed CD!

Jenis Pelekap : Button
1 helai : RM 42.40 sahaja! (sebelum: RM 53.00)

Jenis Pelekap : Velcro
1 helai : RM 45.60 sahaja! (sebelum: RM 57.00)

HUBUNGI KAMI SEGERA!!!
AINA (019-2600581_naslinna@gmail.com)

~~~ Tempoh Promosi ~~~
2 Mei hingga 30 Jun 2011
Meh rebut cepat... :)

Salam,

02 June 2011

Penutupan Waktu Operasi

Dimaklumkan operasi Butikna akan ditutup pada
3 Jun 2011
sehingga
15 Jun 2011
kerana pihak kami akan bercuti seketika.
Urusan yang terlibat adalah penghantaran stok dan servis penyelenggaraan.
Walaubagaimanapun,
Order stok akan diterima seperti biasa.
Sila hubungi kami melalui talian telefon
019-2600581 (Pn. Aina)

Terima kasih kerana setia bersama kami :)

Salam,

03 May 2011

Tawaran hebat Hari Lahir!!! Promo 1

Sempena hari lahir kami sekeluarga..
(2 Mei : Aina, 18 Jun : Suami, 4 Julai : Insyirah..)
Tawaran hebat disediakan untuk semua pelanggan lama dan baru kami.... iaitu;

ABM Collagen
1 kotak : RM 55 sahaja! (sebelum: RM 59)
2 kotak : RM 104 sahaja! (sebelum: RM 118)

Maajun Anggun Bistari (MAB)
5 botol : RM 70 sahaja! (sebelum: RM 75)
10 botol : RM 135 sahaja! (sebelum: RM 150)

Belian PAKEJ
ABM Collagen (2 kotak) + MAB (1botol) : RM 110 sahaja! (sblm : RM 119)
ABM Collagen (5 kotak) + MAB (5 botol) : RM 330 sahaja! (sblm : RM 333)

DISKAUN HEBAT UNTUK RESELLER ABM COLLAGEN!
HUBUNGI KAMI SEGERA!!!
AINA (019-2600581_naslinna@gmail.com)


~~~ Tempoh Promosi ~~~
2 Mei hingga 4 Julai 2011
Meh rebut cepat... :)


Salam,

27 March 2011

Produk Baru! ABM Collagen

Alhamdulillah, dengan izinNya... kini Butikna dapat promosikan produk baru di pasaran.. ABM Collagen..
Kotak ABM Collagen

Diperbuat di kilang bertarap GMP Malaysia bertempat di Bdr Baru Bangi, produk yang dihasilkan melalui teknologi terkini sel tumbuh2an berjaya mendapat tempat di hati penduduk Malaysia..

Apa Dia ABM Collagen?
Merupakan sejenis makanan tambahan yang dirumus khas untuk penjagaan kesihatan lelaki dan wanita. Ia berfungsi untuk menjaga kesihatan kulit, sendi, otot serta membantu mencegah barah dan meningkatkan sistem ketahanan badan.

Kelebihan ABM Collagen;
1. Menggunakan Hydro-MC Collagen, 100% Collagen dari sumber main New Zealand.
2. Agaricus Blazei Murill (ABM) merupakan antara cendawan yang mempunyai kandungan protein tertinggi dan ia juga berfungsi untuk meningkatkan sistem ketahanan badan serta dipercayai mampu bertindak sebagai anti barah oleh kebanyakan pengamal perubatan tradisional.
3. Mengandungi Acai Berry, Teh Hijau dan Biji Anggur yang mempunyai kandungan antioksida yang sangat tinggi.
4. Marin Collagen, Tomato, Madu, dan Puerica Mirifica terbukti secara saintifik mampu memperbaiki dan mengekalkan keremajaan kulit.
5. ABM Collagen menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa campuran sebarang bahan pewarna dan pengawet.
6. Produk ini dihasilkan di kilang yang mengikut piawaian Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan kesemua bahan-bahan yang digunakan di dalam produk ini dijamin halal dan selamat.

Kandungan dalam kotak - 15 paket
Tersedia dalam bentuk serbuk ringkas (3gm) dan dibungkus dalam sachet aluminium;


Katalog ABM Collagen - Depan

Katalog ABM Collagen - Belakang

Pengedar di seluruh Malaysia sangat2 dikehendaki! (ada syaratnya)
Semestinya tawaran harga menarik menanti anda :)
Berminat? Sila hubungi Pn Aina (019-2600581)


Salam,

15 March 2011

14 March 2011

Medium Saffa Pads... Stok Baru

MP 12 : Multi heart

MP 13 : tuiqoise floral

MP 14 : white-red flowers

Anda berminat? sila rujuk di sini

Salam,