Showing posts with label FAQ. Show all posts
Showing posts with label FAQ. Show all posts

08 September 2015

Baru lepas pantang, keliru haid atau nifas

Soalan :

"Assalamualaikum. kak aina nk tnye sikit. lps sejam makan mab , sye kluar darah kotor selama 8 hari, sye rasa ni period. sbb hrini hri ke 15 masih clear.
Jadi kena tunggu lg next period ke atau dh boleh bersama tanpa rancang sendiri.
*lusa sye dh habis pantang bersalin 100hari.
* full bf"

Jawapan :
1. Puan baru bersalin & melalui proses berpantang. Pengambilan MAB tidak menjejaskan @ tiada kaitan dgn hukum Islam. Jika darah keluar dalam tempoh nifas, maka ia kekal nifas, bukan haid. Blh rujuk kembali hukum utk tentukan samada nifas @ haid. Setahu akak kalau imam As-syafie' selagi darah keluar dlm tempoh 60 hari lps bersalin ia kekal nifas kecuali ada jarak di antara tempoh habis darah nifas yg 1 dgn pengeluaran darah kedua (tempohnya sila rujuk kembali kitab@ustaz) maka darah kali kedua keluar itu dikira haid (walaupun dlm tempoh 60 hari).
Pengecaman dr sudut warna & bau darah perlulah dibuat dgn lebih teliti namun tidak disarankan kerana batasan deria kita.

2. Cara mkn MAB habiskan sebotol rehat 6 hari, sambung next botol begitulah seterusnya TANPA AMBIL KIRA darah keluar atau tak. Jika waktu rehat x keluar darah boleh bersama dgn suami TAPI MESTI rancang sendiri utk elak kehamilan.

Jadi kesimpulannya jika dh hbs pantang & bersedia bolehlah bersama suami tapi mesti rancang sendiri jika ingin bersama waktu rehat 6 hari.

Salam,

Boleh ker campur-campur makanan herba?

Soalan ;
"Lg 1, nk tnya, kalau campur mkn jamu lain boleh x. sbb ada baca , kalau nak campur makan jamu lain( jus perawan d herbs) boleh tp pagi, malam makan mab, dye dah 6 bulan amalkan macamtu. ok je. still x pregnant lg."

Jawapan:
Untuk yang mula2 mkn MAB amatlah TIDAK DISARANKAN utk ambil mana2 produk lain sehingga proses tindakbalas selesai dan kitaran haid telah teratur sekurang2nya 5 bulan. Ini kerana;
- akan mengganggu proses tindakbalas terutama proses nak serasi dengan tubuh dan betulkan kitaran haid
- boleh berlaku dehydrated tubuh kerana kurang air kerana tak disiplin minum air kosong 2-3 liter sehari. paling ditakuti/dikhuatiri jika boleh timbul penyakit lain akibat dehydrated seperti kegagalan fungsi buah sakit pinggang dan sebagainya

Sekiranya masih juga ingin makan makanan tambahan lain / makanan-makanan yang mungkin boleh neutralkan herba, sila ambil kira perkara berikut:
- mulakan seterlah haid telah teratur
- disiplin minum air kosong (bukan ais) 2-3 liter sehari
- maka bolehlah ambil produk herba lain TETAPI mesti jarak sekurang2nya 6-8 jam sebelum makan MAB. Ini untuk elakkan MAB tawar khasiatnya.
- MAB hanya berfungsi selama 24 jam. Tetapi tidak boleh diambil apa-apa supplement/herba/makanan yang boleh neutralkan herba selagimana hubungan kelamin dijangka akan berlaku (ni yang selalu berlaku, makan benda lain waktu siang dan bersama dengan suami waktu siang)

Bagi pihak pengasas / pengeluar MAB kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesan akibat pengambilan / campuran produk lain dengan MAB.

Salam,

23 June 2015

Keliru haid atau istihadah?


Pertanyaan;

Kali terakhir period saya adalah pada 31/5/2015 hingga 8/6/2015. (bermakna jumlah hari period = 9 hari)
Saya mula makan MAB pada 4/6/2015. (hari yang ke-4 period)
Setelah seminggu makan, saya terberhenti ambil MAB kerana terlupa menguruskan urusan yang tidak boleh dielakkan, dan keluar sedikit darah warna coklat2.
Soalan saya;
a) adakah normal darah2 coklat itu?
b) adakah dikira haid atau istihadah darah itu?
c) perlukah saya teruskan makan MAB atau berhenti seketika?

Jawapan;
Saya sertakan pertanyaan daripada seorang pelanggan di sini dulu ya.
a) Ya normal darah itu. Biarlah ia keluar daripada ia terus tersimpan dalam rahim kita.
b) Tempoh maksima haid adalah 15 hari, haid mula keluar pada 31/5/2015, maka 14 hari daripada tarikh tersebut jika keluar darah, walaupun pada hari yang berlainan tetap akan dikira haid (tarikh akhir=14/5/2015)
Seminggu makan = 7 hari makan, maksudnya ia masih lagi darah haid.
c) Pengambilan MAB perlu diteruskan sehingga habis dan rehat selama 6 hari sebelum ambil botol seterusnya tanpa mengambilkira darah keluar atau tidak.

Semoga dapat membantu sahabat kita ya.

Salam,