10 September 2015

Musykil darah haid atau istihadah

Image result for musykil

Persoalan;
Assalam.sya nk tanya ,ada kemusykilan.sya period 10.02 smpai 18.02,hr rabu.pd hri yg sama,sya last mkn jamu utk botol pertama.mslhnya skrg semlm,23.02,pg ada keluar ketulan darah.pg jer darah kuar semlm,mlm xada.antara hr khamis hga ahad,sy ada bersama dgn hsbnd.normal ke tu?hri ni pn sama,ada ketulan darah kuar,berketul2.sy jd risau.esk perlu ke smbung mkn jamu?cnfius

Jawapan saya;
Wa'alaikumsalam warahmatullah,

Perkara yang perlu difahami berkait pertanyaan yang diajukan adalah seperti berikut;

1. Krisis atau simptom awal semasa tindakbalas memakan MAB akan berlaku. Kitaran darah yang menjadi lintang pukang adalah salah satunya. Huraian berkenaan tindakbalas ini boleh dirujuk di sini
2. Pengeluaran darah yang lintang pukang menyebabkan darah yang keluar menjadi dua, samada haid / istihadah. Perbezaan di antara darah haid dan darah istihadah perlulah difahami oleh setiap wanita muslim agar tidak tersalah kira antara waktu yang perlu solat/puasa dan sebaliknya.
3. Berdasarkan persoalan yang diutarakan (tanpa mengambil kira kehadiran haid/istihadah sebelum tarikh yang disebutkan); 

a) 10.02.15 sehingga 18.02.15 : darah haid (9 hari)
b) tempoh haid akan berakhir pada 24.02.15 (kerana maksima tempoh sesuatu haid adalah 15 hari)
c) jadi sekiranya ada darah diantara 19.02.15 sehingga 24.02.15 maka darah tersebut adalah darah haid. dalam kes ini darah keluar pada 23.02.15 maka ia adalah haid. 
d) tempoh suci antara dua haid adalah 15 hari. maka jika keluar darah dalam tempoh tersebut maka dikira darah istihadah. dalam kes ini tempoh suci adalah 25.02.15 sehingga 11.03.15 
e) jika darah keluar pada 12.03.15 ke atas maka dikira darah haid

4. Pengambilan MAB perlu diteruskan secara konsisten dan disiplin selepas 6 hari berehat setelah habis sebotol tanpa perlu mengambil kira pengeluaran darah (dalam kes ini tempoh rehat pada 19.02.15 sehingga 24.02.15, maka MAB mesti diambil semula pada 25.02.15)

5. Pengambilan MAB yang konsisten akan mengeluarkan segala kekotoran yang melekat pada dinding rahim dan menyihatkan rahim dan tubuh kita. InsyaAllah satu hari nanti kitaran haid akan teratur.

Semoga membantu, InsyaAllah

Salam,

No comments: